
Program Linus Sekolah Rendah
Take the FileFixation now for more detailed information! Calculadora inteligente keygen. We now have 418,342 downloads in the member section.
Jawatan Kosong Kerani Pentadbiran URGENTJobs Vacancy as a Admin Officer. A Construction firm with office in Puchong urgently requires the Admin Officer.
Dan berpeluang pergi ke majlis macam ni peluang untuk aku kutip ilmu sebanyak mungkin mengenai LINUS. Bagi ibu bapa yang baru je ada pengalaman anak-anak menempuh alam persekolahan memang patut ada pengetahuan pasal LINUS ni.

Sekolah zaman sekarang ni bukan zaman macam aku atau shah bersekolah dulu. Tahun 80-90an. Zaman dulu tak ke sekolah tadika pun masih takpe je masuk ke sekolah rendah. Tapi zaman sekarang ni kalau anak-anak masuk sekolah tanpa pengetahuan asas, anak-anak akan jauh terpinggir. Sangat berbeza. Ibubapa tak perlu risau jika anak-anak dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana belum tentu anak-anak kita bermasalah lagi sebenarnya. Apabila anak-anak tidak melepasi konstruk 1 dan 2, makanya anak-anak akan dirujuk kepada doktor, tetapi proses ini memerlukan persetujuan dari ibu bapa kalau takde persetujuan maka tak dapat proses selanjutnya diteruskan.
Jika ada persetujuan dari ibubapa serta dokumen sokongan barulah akan diteruskan dengan temujanji dengan doktor. Jika pemeriksaan mendapati sah barulah data dikeluarkan dan murid dimasukkan ke dalam kelas pemulihan atau kelas pendidikan khas. Jika pemeriksaan doktor tidak dapat mengesahkan ketidakupayaan murid maka murid masih lagi layak diterima masuk di aliran perdana iaitu kelas biasa. Aku agak berpuashati la dengan penyampaian taklimat dari En Syamsul Anuar bin Yusoff, Pegawai FasiLinus dari PPD Kuantan ni.
Sangat terang dan jelas sekali penerangan beliau. Dan sedikit sebanyak kami ibu bapa dapat banyak pengetahuan dan pendedahan mengenai program LINUS ni sebenarnya. Walaupun semalam kami diuji dalam ujian lebat dan tempias ke dewan terbuka sekolah nampaknya berbaloi la pengorbanan menunggu sampai habis majlis.
Terima kasih banyak-banyak atas jasa tuan dan pihak sekolah terutamanya.